Bunyi “kluk” “kluk” “kluk”... di bahagian absober kenderaan..
Bunyi yang sangat menjengkelkan apabila melalui jalan yang tidak rata, keselesaan pemanduan telah diragut dan bunyi tersebut seiring iramanya dengan bunyi mesin ATM yang membawa maksud 💸.
Jentera harus dibawa untuk pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera!!!
pemeriksaan secara visual telah dilakukan |
Kerosakan telah dikesan di bahagian stabilizer link/ absober link |
Kerosakan di kesan di bahagian absober link, bush getah telah bocor menyebabkan ada pergerakan antara sambungan absober dengan stabilizer link, lebih kurang gitu lah. Ayat automotif mungkin lain sikit. 😅. Setelah kerosakan dikenal pasti, proses pembaikan bermula dengan mendapatkan alat ganti yang baru. Banyak pilihan alat ganti di pasaran tengok atas kemampuan kita sendiri andai ada lebihan bajet dapatkan yang asli bagi menjamin kualiti barangan tersebut.
ABSOBER LINK YANG BARU |
absober link yang rosak
bush dah longgar dan lembut
Setelah di tukar permsalahan bunyi telah hilang dan keselesaan pengendalian kenderaan yang diragut telah pun kembali. Untuk lebih pasti berkenaan permasalahn ini say kongsikan satu video agar masalah kenderaan puan/tuan dapat dikenal pasti demi mengurangkan kos kerugian TRY AND ERROR.
Selengara kenderaan anda bagi keselamatan pemanduan anda dan keluarga.
KENDERAAN ANDA BUKAN KENDERAAN SAYA.
Pakat beringat BOH!!
No comments:
Post a Comment