Friday, 5 April 2019

Ladang Rusa Kapit Sarawak






Rusa, merupakan salah satu haiwan yang terancam masa kini ekoran daripada kegiatan pembalakan dan pemburu haram yang mementingkan keuntungan semata-mata. Dari sudut pembalakan sememangnya secara terang terangan menghapuskan habitat Rusa. Manakala, dari sudut manusia pula para pemburu haram memilih tanduk rusa dan daging rusa yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan.

Namun, masih ada pihak yang masih mempunyai nilai dan sikap tanggungajawab yang tinggi terhadap spesies terancam ini dengan cara mewujudkan ladang ternakan rusa. Saya berkesempatan melihat spesies rusa ini dari jarak yang dekat, apa yang pasti spesies rusa ini merupakan haiwan yang agak jinak. Namun, faktor keselamatan haruslah di ambil serius.

Kawasan ladang rusa ini terletaknya di kawasan pedalaman iaitu di Kapit Sarawak, SAYA difahamkan pemilik ladang rusa ini adalah Ex-Tuai Rumah Lulut.

Kebetulan cuti, saya berkesempatan singah di ladang rusa yang dimaksudkan...

JOM... BERAMAH MESRA BERSAMA encik Rusa...

             
HAI... HOW ARE YOU?




BELANJA PUCUK UBI



JUMLAH RUSA SEKITAR 20 EKOR



JANGAN RISAU, NANTI SAYA TAG #RUSA DONE.





                                       








Satu usaha yang murni dilakukan oleh ex-Tuai rumah Lulut ( bekas ketua kampung ) dalam memelihara spesies terancam seperti Rusa ini, Moga ada lagi pihak yang boleh membangunkan ladang-ladang seumpama ini, mungkin santuari kelah seperti Tasik Kenyir Hulu Terengganu dapat dibangunkan pada satu masa nanti.






                                         

                                                 




























2 comments:

  1. Hi bos. Ada contact no tuai rumah? Sy Nak beli rusa.

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi tuai rumah.
    Ulih meri aku numur talipon dik?
    Aku bisi utai ti ka dikerandau ja enggau dik ba senentang rusa dik.
    Terima kasih.

    ReplyDelete