Saturday, 6 April 2019

Sistem Suspensi Kenderaan


Sistem suspensi kereta/kenderaan terdiri daripada tayar, spring, penyerap hentakan (shock absorber) dan sambungan mekanikal antara roda dan cesi. Sambungan mekanikal ini membenarkan pergerakan secara relatif antara roda dan cesi.
Antara fungsi sistem suspensi ialah:
1. Memastikan kesemua tayar bersentuhan dengan permukaan jalan bagi mendapat cengkaman untuk memecut, membelok atau membrek
2. Mengasingkan dan menyerap segala bunyi, getaran dan kekasaran dari permukaan jalan dari meresap masuk ke dalam kabin
3. Meminimakan pergerakan cesi semasa rolling(selekoh), dive(membrek) dan squat(memecut)
KALI INI SAYA AKAN BERKONGSI BERKENAAN PENUKARAN PENYERAP HENTAKAN JENTERA YANG SAYA GUNAKAN.
Terdapat pelbagai jenama penyerap hentakan yang ada di pasaran contohnya KAYABA, APM dan sebagainya. Untuk mendapatkan alat ganti yang asli, kita boleh dapatkan di service centre. Namun, harga yang ditawarkan adalah agak tinggi dan tiada waranti yang ditawarkan memandangkan barangan asli melalui proses pemeriksaan kualiti yang tinggi. 
Pada kali ini saya memilih untuk menggunakan absober keluaran KAYABA memandangkan harga barangan di service centre agak mahal. Kayaba menawarkan harga yang mampu milik dan bersesuaian dengan bajet yang ada. 
TUKAR SEPASANG.
Kenapa perlu tukar sepasang? 
Sekiranya penukaran sebatang sahaja, tekanan dari absober tidak sekata terhadap tayar dan akan mengakibatkan bunga tayar tidak sekata dan digalakkan untuk menukar sepasang secara serentak bagi mengelakkan masalah bunga tayar tidak sekata.

Pemeriksaan absober sebelum pemasangan

COP KYB MEMBAWA MAKSUD KAYABA.
Semestinya anda akan merasai kelainan yang berbeza setelah melakukan penukaran, keselesaan akan bertambah baik dan yang pasti beban gegaran terhadap kenderaan akan berkurangan dan memanjangkan jangka hayat kenderaan kita. Kita harus ingat sistem suspensi ini merupakan barangan yang tidak kekal lama dan merupakan barangan Tear and Wear yang akan haus bila sampai masanya.


No comments:

Post a Comment