Tuesday, 9 April 2019

D.I.Y




Kali ini saya akan kongsikan sedikit aktiviti masa lapang iaitu membersihkan bahagian bumper depan kenderaan. Mungkin agak mudah jika ada alatan yang khusus untuk membersihkan kotoran yang melekat pada kenderaan. Namun kali ni kita guna cara manual, agak sukar dan perlahan sedikit cara kerja nya, kita try dulu buat untuk sedikit ilmu.

Kotoran yang melekat pada kenderaan.
Tanggalkan skirting bahagian hadapan dengan membuka skru di sebelah kiri dan kanan, kemudian tanggalkam klip plastik yang berada di bahagian bawah.

Cuci bahagian yang kotor untuk menghilangkan pasir yang melekat. dan setelah selesai proses cucian, kita gunakan rubber compound dan scrath remover.
Sembur double side tape yang lama tu guna sticker remover atau WD40 untuk melembutkan gam yang melekat di kereta.


Sental bahagian double side tape yang lama.



Double side tap


   
Proses menanggalkan double side tape



SELESAI PROSES MENANGGALKAN DOUBLE SIDE TAPE


Peroses membersihkan kotoran yang sekian lama mendap dalam badan kenderaan amatlah penting bagi merawat cat pada kenderaan, 

Penjagan keterampilan kenderaan amat penting bagi semua, khususnya golongan lelaki. Bagi golongan lelaki, kekacakan bermula dari kebersihan kenderaan mereka. 🙊

Sayangi kenderaan anda, dengan cara selenggara dan membersihkan segala jenis kotoran yang melekat, amalkan selalu untuk kepuasan menggunakan kenderaan dalam tempoh masa yang lama.

IKAN PUYU EMPAT SAMAH,
TENKIU BERI MUCH.
SEKIAN.











Kawasaki Vulcan




Sudah lumrah anak lelaki, minat kepada kereta dan motosikal sememangnya tidak dapat di pisahkan.
Pada kali ini, saya berkesempatan untuk menungang jentera sahabat-sahabat motosikal kawasaki vulcan.

Sekadar mencuba. 😀



Pengisian bahan api.


Percubaan pertama agak mendebarkan.

Pada permulaannya agak sedikit kekok kerana buat kali pertama menungang motosikal yang boleh dikatakan mempunyaI saiz dan kuasa yang lebih besar daripada kebiasaannya kita tunggang.


Melalui Jambatan Sultan Mahmud.

         Setelah selesai pandu uji jentera sahabat-sahabat, ternyata menunggang motosikal ada nilai keseronokkan dan kepuasan tersendiri berbanding kenderaan lain.

DUNIA DUA RODA.                                     





absober mounting NCP 93

Salam sejahtera dan salam perpaduan, kali ini saya akan berkongsikan sekali lagi berkenaan permasalahan sistem suspensi kenderaan saya Toyota NCP 93. Seperti biasa, bunyian pada sistem suspensi menganggu keselesaan dan tumpuan semasa memandu. Baiklah, kita pergi terus kepada siasatan kita.

PERMASALAHAN

- Bunyi getah bergesel semasa melalui jalan tidak rata
- Bunyi “ekkkkk” “ookkkk” ketika melalui bonggol jalan yang ala-ala cengkerang kura-kura.

Suspek kerosakan: ABSOBER MOUNTING. 

Jangn tunggu lama, terus hantar untuk pemeriksaan kesihatan kenderaan.


TAPAK TERLETAKNYA ABSOBER MOUNTING
Bedasarkan pemeriksaan di bahagian absober mounting, ternyata ramalan ku benar belaka. Merujuk kepada gambar di atas, absober mounting yang lama telah mengalami kerosakan. Penukaran absober mounting baru harus dilakukan bagi mengelakkan kerosakan kepada kompenan-kompenan yang lain.

Absober mounting bagi model Toyota NCP 93 ini mestilah ditukar bersama bearing bagi mengelakkan kerosakan susulan dan kerugian dari segi upah buruh dan kerugian berganda kepada kita.







Mounting lama sebelah kiri telah mendap, mounting baru sebelah  kanan mempunyai  ruang yang masih sempurna


Absober mounting yang haus di sebelah kanan.


Absober mounting dan bearing yang baru.


Proses penukaran absober mounting.
Setelah selesai penukaran dan diuji, masalah bunyi getah bergesel semasa melalui bonggol telah dapat diatasi. Bagi sesetengah situasi, bunyi yang menjengkelkan dari bahagian suspensi tidak dapat diatasi meskipun penukaran kompenan yang haus atau rosak sudah ditukar. Lain kereta lain ragam, kena dapatkan pandangan dan pemeriksaan daripada bengkel yang bertauliah. selengara kenderaan anda bagi menjamin keselamatan kepada anda dan ahli keluarga.

RAWAT JENTERA ANDA.








































Monday, 8 April 2019

Magazine


Tugas tetap tugas... 
Jangan berhenti bila letih,
 Berhenti bila selesai.

"Nyiur gading puncak mahligai,
  Sayang ketupat berisi inti,
    
    Hancur badan tulang berkecai,
    Belum dapat belum ku berhenti"



Lower Arm NCP 93


Lower Arm merupakan salah satu kompenan penting dalam sistem suspensi sesebuah kenderaan. Kompenan ini tergolong bersama dengan penyerap hentakan, tayar, absober link dan spring.


Lower Arm bagi Toyota NCP 93

Lower Arm berbeza bentuknya bergantung kepada jenis kenderaan namun mempunyai fungsi yang sama. Sila rujuk model dan jenis kenderaan anda terlebih dahulu.

CIRI-CIRI KEROSAKAN LOWER ARM : 

1) Kereta rasa berbuai semasa laju dan semasa mengambil selekoh.
2) Steering akan tarik ke sebelah kiri/kanan semasa memberek.
3) Berbunyi semasa melalui lubang.
4) Buat alignment, tetapi tidak steering masih tidak seimbang di jalan yang lurus.
5) Bunga tayar tidak rata
6) Steering akan lebuh cenderung kepada kiri/kanan.

PENDEK KATA, kenderaan tidak mengikut arahan pengendalian daripada pemandu!!!

Saya bukan POMEN tetapi pernah berlaku kepada kenderaan saya sendiri. Berikut gambar keosakan pada BUSH Lower Arm kenderaan saya.



Bush retak





Bush retak menungu pecah di kedua-dua bahagian


Kerosakan bush ini menyebabkan kenderaan berbuai dan menyebabkan sistem kawalan kenderaan tidak berfungsi dengan sempurna. Sekiranya bush lower arm ini tercabut, maka kereta akan hilang kawalan dan semestinya kemalangan akan berlaku.

Jadi, amat penting untuk membuat pemeriksaan berkala atau terus membuat pemeriksaan kenderaan di bengkel sekiranya ada bunyi geseran yang luar biasa, kawalan kurang cekap dan segala keganjilan yang berlaku terhadap kereta anda.


Tayar hadapan kenderaan saya ada henjutan ketika di brek mengambarkan bush tidak berfungsi dengan baik.


klil link di atas untuk gambaran yang lebih jelas.





Pada kali ini saya telah memilih Lower Arm jenis MUTEKI setelah mengambil kira kos pembelian dan pemasangan yang berada dalam radar kemampua saya. Lower Arm Muteki menawarkan waranti 6 bulan dan bagi saya amat sesuai kerana sekiranya berlaku kepincangan kepada Lower Arm tersebut maka kita berhak menukar dengan Lower Arm yang baru bedasarkan terma dan syarat pihak pengeluar. Disarankan untuk berhubung terus dengan pengedar yang sah dan yang penting waranti!!!


Lower Arm MUTEKI.



Pemasangan Kiri dan Kanan.




Lower Arm sebelah kiri.




Lower Arm sebelah kanan.


Penukaran lower arm ini telah menyelesaikan permasalahan kenderaan saya. Suspensi kenderaan adalah satu sistem yang saling berhubungkait antara satu sama lain. Lain kenderaan lain ragam, buat pemeriksaan berkala bagi menjamin keselamatan kita dan keluarga.

Saya bukan pomen, saya berkongsi pengalaman yang pernah berlaku terhadsap kenderaan saya.
KERETA ANDA BUKAN KERETA SAYA.



















Saturday, 6 April 2019

Sistem Suspensi Kenderaan


Sistem suspensi kereta/kenderaan terdiri daripada tayar, spring, penyerap hentakan (shock absorber) dan sambungan mekanikal antara roda dan cesi. Sambungan mekanikal ini membenarkan pergerakan secara relatif antara roda dan cesi.
Antara fungsi sistem suspensi ialah:
1. Memastikan kesemua tayar bersentuhan dengan permukaan jalan bagi mendapat cengkaman untuk memecut, membelok atau membrek
2. Mengasingkan dan menyerap segala bunyi, getaran dan kekasaran dari permukaan jalan dari meresap masuk ke dalam kabin
3. Meminimakan pergerakan cesi semasa rolling(selekoh), dive(membrek) dan squat(memecut)
KALI INI SAYA AKAN BERKONGSI BERKENAAN PENUKARAN PENYERAP HENTAKAN JENTERA YANG SAYA GUNAKAN.
Terdapat pelbagai jenama penyerap hentakan yang ada di pasaran contohnya KAYABA, APM dan sebagainya. Untuk mendapatkan alat ganti yang asli, kita boleh dapatkan di service centre. Namun, harga yang ditawarkan adalah agak tinggi dan tiada waranti yang ditawarkan memandangkan barangan asli melalui proses pemeriksaan kualiti yang tinggi. 
Pada kali ini saya memilih untuk menggunakan absober keluaran KAYABA memandangkan harga barangan di service centre agak mahal. Kayaba menawarkan harga yang mampu milik dan bersesuaian dengan bajet yang ada. 
TUKAR SEPASANG.
Kenapa perlu tukar sepasang? 
Sekiranya penukaran sebatang sahaja, tekanan dari absober tidak sekata terhadap tayar dan akan mengakibatkan bunga tayar tidak sekata dan digalakkan untuk menukar sepasang secara serentak bagi mengelakkan masalah bunga tayar tidak sekata.

Pemeriksaan absober sebelum pemasangan

COP KYB MEMBAWA MAKSUD KAYABA.
Semestinya anda akan merasai kelainan yang berbeza setelah melakukan penukaran, keselesaan akan bertambah baik dan yang pasti beban gegaran terhadap kenderaan akan berkurangan dan memanjangkan jangka hayat kenderaan kita. Kita harus ingat sistem suspensi ini merupakan barangan yang tidak kekal lama dan merupakan barangan Tear and Wear yang akan haus bila sampai masanya.


Friday, 5 April 2019

Stabilizer Link/ Absober Link Rosak.

à­¦
Bunyi “kluk” “kluk” “kluk”... di bahagian absober kenderaan..

Bunyi yang sangat menjengkelkan apabila melalui jalan yang tidak rata, keselesaan pemanduan telah diragut dan bunyi tersebut seiring iramanya dengan bunyi mesin ATM yang membawa maksud  ðŸ’¸.

Jentera harus dibawa untuk pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera!!!

pemeriksaan secara visual telah dilakukan
Setelah pemeriksaan secara visual dilakukan, kelihatan sistem suspensi kenderaan nampak elok sahaja. Namun, macam ada yang tak kena.




Kerosakan telah dikesan di bahagian stabilizer link/ absober link

Kerosakan di kesan di bahagian absober link, bush getah telah bocor menyebabkan ada pergerakan antara sambungan absober dengan stabilizer link, lebih kurang gitu lah. Ayat automotif mungkin lain sikit. 😅. Setelah kerosakan dikenal pasti, proses pembaikan bermula dengan mendapatkan alat ganti yang baru. Banyak pilihan alat ganti di pasaran tengok atas kemampuan kita sendiri andai ada lebihan bajet dapatkan yang asli bagi menjamin kualiti barangan tersebut.

ABSOBER LINK YANG BARU


absober link yang rosak
bush dah longgar dan lembut


Setelah di tukar permsalahan bunyi telah hilang dan keselesaan pengendalian kenderaan yang diragut telah pun kembali. Untuk lebih pasti berkenaan permasalahn ini say kongsikan satu video agar masalah kenderaan puan/tuan dapat dikenal pasti demi mengurangkan kos kerugian TRY AND ERROR.


Selengara kenderaan anda bagi keselamatan pemanduan anda dan keluarga.
KENDERAAN ANDA BUKAN KENDERAAN SAYA.
Pakat beringat BOH!!